PINDAH KEUNTUNGAN LTAT YANG DIBUAT PADA TAHUN 2017 KE DALAM AKAUN 2018 DAN MAT SABU TIBA-TIBA JADI “PANDAI”

GAMBAR/GOOGLE

Oleh NAJIB RAZAK

Mat Sabu telah tuduh bahawa keuntungan LTAT untuk tahun 2017 sepatutnya RM371 juta sahaja dan bukan RM662.2 juta seperti yang diumumkan tahun lepas.

Dia kata BN menipu akaun LTAT kerana satu transaksi pada tahun 2017 yang memberi keuntungan kepada LTAT tidak sepatutnya dimasukkan dalam akaun tahun 2017 tetapi di dalam tahun 2018 pulak.

Maksudnya, kerajaan PH hendak:

1) tuduh lagi bahawa BN menipu akaun; dan

2) memindahkan keuntungan dari zaman BN ke zaman PH untuk menutup kerugian besar dan kejatuhan pendapatan LTAT untuk tahun 2018 akibat ekonomi merosot dan pasaran saham yang menjunam setelah PRU14.

https://www.theedgemarkets.com/article/mat-sabu-ltats-profit-fy17-should-be-rm37056m%C2%A0and-not-rm66217m-reported-due-unrecogised

Saya telah beberapa kali membuktikan bahawa hampir semua pelaburan utama serta dividen yang diterima oleh LTAT jatuh teruk pada tahun 2018.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155998272510952/

Ini fakta.

Oleh itu, dividen LTAT untuk tahun 2018 dijangka akan sangat rendah atau tidak ada dividen.

Mat Sabu juga kata dia belum pasti jika dan berapa banyak lagi aset LTAT akan dijual kerana ini terpulang kepada keputusan terakhir Jabatan Perdana Menteri (JPM).

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/10/ltat-jual-aset-lagi-tak-tahu-belum-bincang-lagi-kata-mat-sabu/

Dia juga memberitahu bahawa dividen LTAT hanya akan diumumkan pada bulan Jun atau Julai tahun ini walaupun dia pernah berjanji untuk umumkan pada bulan Februari.

Maka dividen LTAT akan diumumkan seawal-awalnya pada 120hb Februari 2019 atau selewat-lewatnya pada 181hb Februari 2019.

Leave a Reply