RUU PINDAAN PERKARA 1 / 2 PERLEMBAGAAN

By April 11, 2019 Editorials

GAMBAR/GOOGLE

Oleh TUN MAHAREZZA

Tidak ada apa-apa implikasi pindaan Perkara 1 / 2 Perlembagaan yang mana pindaan ini hanya menjelaskan tetang posisi Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Pindaan RUU ini hanya bersifat mengubah dengan menambah perenggan baharu untuk Sabah dan Sarawak sahaja daripada asal yang maksudnya, Persekutuan Malaysia adalah negeri-negeri di Malaysia dan Sabah, Sarawak.

Sistem Persekutuan ialah satu sistem di mana lebih daripada satu negara bergabung dan membentuk Persekutuan itu dan setelah terbentuk, komponen dalam Persekutuan itu menjadi negeri.

Dicadang pinda kepada Persekutuan Malaysia ialah negeri-negeri Malaya dan Sabah dan Sarawak.

GPS Sabah dan Sarawak tidak menyokon kerana mereka mahu perkara Perjanjian Malaysia 1963: bab agihan kepada Sabah dan Sarawak seperti mana Jadual ke-10 Perlembagaan wartakan, diselesaikan dahulu.

Akan tetapi, orang ramai tidak tahu bahawa Konsep Equal Status yang dikehendaki oleh Pakatan Harapan (PH) ialah satu pertukaran sistem Persekutuan kepada system Union Kesatuan.

Sistem Union yang ditolak oleh UMNO pada tahun 1946 kerana Konsep Sistem Union ini bersifat kerajaan pusat berkuasa, negara komponen tiada kuasa otonomi seperti mana United Kingdom pada hari ini.

Ia bermakna, Sultan, Raja tidak ada kuasa. Yang ada kuasa hanya pusat. Berbeza dengan system Pdersekutuan Federation iaitu Puast berkuasa dengan negeri ada otonominya sendiri dan yang paling utama, yang amat harus kita semua tumpukan adalah pada Akta Pindaan Perlembagaan 2019.

Akta ini sangat merbahaya dan boleh memberi kuasa kepada eksekutif untuk meminda apa jua Perlembagaan.

Kita juga perlu difahamkan secara jelas maksud akta ini.

Leave a Reply