SERBA BOLEH, SERBA TAHU, SERBA BETUL

Oleh NAJIB RAZAK

Tanggungjawab sebagai Raja dan pemimpin amat besar.

Setiap hari apa yang berlegar di minda kami adalah rakyat dan pembangunan.

Tanpa rakyat, tanpa pembangunan, tiadalah kami.

Tetapi malangnya ada segelintir hari ini lebih gemar berpolitik sampai lupakan sumber kuasa mereka.

Mereka ingat mereka serba tahu, serba berkuasa dan kebal.

Mereka lupa Rukunegara, lupa rakyat dan lupa diri.

Ke atas, mereka tidak hormat kepada kemuliaan institusi diraja yang menjadi lambang dan payung rakyat jelata.

Saya masih ingat lagi saya membaca komen-komen selepas 9 Mei 2018.
Raja-raja Melayu dan istana dijunjung tinggi mengambil langkah mengikut keputusan PRU14 sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

Kini, sudah nampak kebebasan melepasi had batasan yang menaikkan sentimen mempersoalkan sistem pentadbiran kita seolah-olah menentang Raja-raja Melayu.

Bayangkanlah jika Raja-raja Melayu sendiri diberi layanan begitu dan dihadkan suara mereka, apatah lagi kami rakyat biasa.

Apakah layanan yang akan kami terima?

Hanya kerana tidak sependapat?

Tidak mudah sebagai Ketua Negara atau Ketua Negeri, tidak mudah.

Peranan dan tanggungjawabnya amat besar kerana setiap keputusan sudah pasti akan ada impaknya terhadap rakyat dan sudah tentu ia telah dinilai secara menyeluruh.

Ke bawah, mereka memperlekeh kebijaksanaan dan kematangan pemikiran rakyat, tidak menghiraukan permintaan dan keperluan ramai.

Mereka kini bermegah dan tidak lagi mendengar keluhan.

Saya rumuskan, dalam dunia mereka sendiri, mereka serba tahu, serba boleh, serba betul.

Rakyat bagaikan pijakan untuk kuasa keselesaan.

“Mereka” di sini tidak lain tidak bukan Pakatan Harapan.

Saya akhiri tulisan saya ini dengan Rukunegara kita.

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Leave a Reply