KENYATAAN AKHBAR: DATO’ GEETHAN RAM VINCENT & DATO’ K.KUMARAENDRAN

Kami merujuk kepada satu kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikeluarkan pagi ini sejurus sebelum tempoh mengundi Pilihanraya Kecil (PRK) Rantau bermula yang membuat rujukan kepada anak guam kami, Datin Sri Rosmah Mansor.

Kami dengan ini ingin menyatakan:

1. Bahawa, Dato’ Seri Najib Razak ataupun Datin Sri Rosmah Mansor TIDAK pernah membeli cincin merah jambu (pink diamond) yang disebutkan kenyataan itu.

2. Bahawa, Dato’ Seri Najib Razak ataupun Datin Sri Rosmah Mansor TIDAK pernah menerima pink diamond itu.

3. Sebagaimana telah dinyata dan disahkan oleh PDRM melalui kenyataan yang sama, cincin berlian itu tidak berada dalam pemilikan Dato’ Seri Najib Razak ataupun Datin Seri Rosmah Mansor.

Dato’ Geethan Ram Vincent & Dato K Kumaraendran.

Leave a Reply