DARI RAKYAT, UNTUK RAKYAT, DEMI RAKYAT

By April 20, 2019 Editorials

Oleh ABDUL RAHMAN DAHLAN

Alhamdullilah, UMNO semakin pulih.

Betul, kami tidak ada ramai YB-YB sekarang kerana ramai yang melompat. Tetapi yang anehnya, lagi ramai YB yang melompat, lagi bertambah kuat UMNO dan lagi banyak UMNO menang pilihanraya.

Maknanya, rakyat kini tidak lagi melihat kepada YB-YB sebagai kekuatan sesebuah parti politik. Terutamanya terhadap parti yang menerima YB-YB lompat.

UMNO pada mulanya begitu bercelaru setelah kalah PRU14 dan setelah berlakunya insiden lompat melompat.

Kini UMNO adalah parti yang stabil setelah disusun semula dan setelah mendapat hala tuju baru. Sementara itu, PPBM pula dalam keadaan tertekan, PKR sedang melalui perpecahan yang besar dan DAP mengalami krisis identiti.

Dengan mengambil pengajaran dari kelemahannya yang lampau, lalu terus melangkah menyusun kekuatan baru, UMNO pasti akan kembali dengan versi yang lebih baik. Dari rakyat, Untuk rakyat, Demi rakyat. InsyaAllah.

Leave a Reply