KRISIS MAHATHIR MUHYIDDIN MAKIN MELEBAR?

Oleh CHE’GU BARD

1. Pada 20 April lepas saya telah menulis betapa Menteri Besar Johor yang lama “Osman Dutsun” merupakan MB pilihan Muhyiddin namun oleh kerana terlalu lemah maka Mahathir cadangkan berhenti. Namun saya nyatakan juga bagaimana MB dan exco yang baru ialah juga pilihan Muhyiddin yang mengambil kesempatan terhadap kerenggangan Mahathir dan Istana khususnya Johor. Ramai pertikai ketika ia ditulis namun beberapa hari selepas itu ia meletup, Mahathir ingin meletakkan jawatan sehingga Bersatu terpaksa memanggil.pertemuan pimpinan utamanya secara tergempar.

2. Nampak gayanya keretakan 2 kem dalam PKR sudah melarat berjangkit ke Bersatu. Risaukan bagaimana Azmin jauh lebih cerah bintangnya kini malah melihat kepercayaan PM lebih kepada Azmin, maka Anwar yang rasa tertinggal seolah membuat pakatan dengan Muhyiddin Yassin. Ia menjadi rahsia terbuka kini. Walau bercita cita tinggi ingin menjadi PM tetapi Muhyiddin nampak gayanya kekal tak kreatif pendekatan politik kalau ya pun rapat dengan Anwar tidak perlu tiru cara “gempaq” Anwar sekali. Ingat tak ketika Anwar mula nak cari peranan seperti bertanding PRK dan mencari peranan di Parlimen dia cuba tunjuk yang dia besar tetapi tak kisah jawatan melalui pengumuman Azizah iaitu Azizah pernah ditawar jawatan PM tetapi tolak sebab hormat Mahathir. Begitu juga semalam tiba – tiba setiausaha politik Muhyiddin umum dia sebaik selepas PRU lepas ditawar oleh individu berpengaruh untuk jadi PM tetapi tak terima sebab hormatkan Mahathir … sama saja lawaknyakan. Ini semua sembang kosong kalau Muhyiddin benar berani bagi tahu sajalah siapa individu berpengaruh itu … tetapi yakinlah tak akan umum kerana ia cuma sembang “gempaq” saja.

3. Terbaru sekali lagi saya tertarik tulisan Dato’ Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar yang menyatakan sememangnya Muhyiddin ini lemah dan sangat kurang berperanan sejak Bersatu ditubuhkan. Walaupun umum tahu tahap kesihatan Muhyiddin agak teruk perlu rawatan berkala yang kerap namun nafsu orang politik bukan boleh bawa kira. Dia tetap dengan angannya menjadi PM. Ramai teman dalam Bersatu menyatakan Muhyiddin pernah nyatakan kekecewaan bila saat akhir sebelum PRU 14 Mahathir menyatakan secara terbuka ingin aktif di depan malah ingin mengambil bahagian memperbaiki negara (kononnya) jika menang. Ia sangat mengecewakan Muhyiddin yang ingin menjadi PM malangnya terpaksa akur menjadi Menteri kabinet sahaja walaupun sudah menjadi TPM sebelum itu.

4. Setuju dengan kenyataan Tamrin yang menyatakan Muhyiddin sembab dan lembab namun kena ingat sejarah politiknya merakamkan bagaimana dia melawan bekas MB Johor arwah Osman Saat untuk menjadi Ketua Bahagian Pagoh walaupun umum tahu arwah Osmanlah yang membawa Muhyiddin dalam politik. Kianat dalam buku sejarah politik Muhyiddin banyak kali berulang bukan sahaja dia “caras” orang yang bawa dia dalam politik tetapi dialah yang awal keluarkan kenyataan Abdullah harus letak jawatan PM walaupun dia sendiri antara anak emas Abdullah dalam kabinet. Bukan sedikit projek dibalun termasuk projek Bestarinet (YTL) yang gagal juga dibawahnya.

Maka tidak hairan kini dalam Bersatu dia mula membuat kemnya sendiri. Ia makin garang selepas wujud pakatan Muhyiddin – Anwar. Namun sekali lagi saya ulang dari tulisan lepas pakatan Muhyiddin – Anwar ini tidak stabil kerana dua dua nak jadi PM. Takkan nak buat shift gilir gilir jadi PM.

Namun nampaknya dengan pemergian Mahathir dan beberapa menteri penting termasuk Azmin dalam misi penting ke China nampaknya Muhyiddin pun tidak diam untuk ambil kesempatan menyusun dengan didokong sekutunya.

5. Bila membaca tiba tiba Muhyiddin konon kata dia pernah ditawar PM maka diingatkan cakap cakap “poyo” seperti inilah yang buat rakyat makin menyampah. Kalian yang di atas sana seharusnya memikirkan masalah rakyat. Macam mana nak tunai janji juga kurangkan bebaban hidup rakyat bukan asyik mengira cukup tak sokongan untuk jawatan tertentu bagi orang tertentu.

Sudah sudahlah… simpatilah sikit pada rakyat biasa ini…..rakyat pikih kamu untuk bincang dan fikirkan masalah rakyat bukan untuk rakyat pula nak binvangkan dan fikirkan masalah kamu tang tak sudah sudah….

Nota : bukan sahaja rakyat biasa kecewa malah pendokong parti kamu sendiri sedang kecewa kerana selain kamu lupakan mereka kamu pula beri ruang dan bela geng ular salin kulit mewah menjadi broker projek dan kontrak kini.

Leave a Reply