MODENAS PULA DIJUAL, TAKDE YANG NAK MENANGIS “ANAK SAJA KENA JUAL” KE?

Oleh NAJIB RAZAK

China beli 49% Proton masa BN tak boleh. Jepun beli 48% Modenas masa PH boleh pulak?

Saya baca berita semalam bahawa DRB-Hicom telah jual secara terus kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki.

Pada masa yang sama, Kawasaki juga membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.

Eh… takde pulak orang menangis atau marah bahawa syarikat motosikal nasional dijual kepada Jepun?

Ke mana perginya ayat-ayat “Anak saya dijual. Kita tidak boleh bangga dengan Modenas lagi …” ?

Di mananya rintihan tangis yang tersedak-sedak, sayup terdengar?

Takde pulak Raykat nak tuduh kerajaan PH atau PM ke-7 telah jual negara ke?

Dulu, DRB-Hicom juga yang jual kepentingan 49% dalam Proton kepada syarikat China – bukan kerajaan yang jual.

Tapi BN dan saya disalahkan.

Permainan fitnah dan politik kotor PH memang licik sehingga ramai telah ditipu dan dipergunakan.

Kawasaki beli 11% saham Modenas pada harga RM40.3j

Leave a Reply