BERAPA BANYAK KERAJAAN PH TIBAI TAHUN INI? BELUM TAHU LAGI

Oleh NAJIB RAZAK

Ada yang tanya, benarkah kerajaan PH jarah RM82 bilion dari PETRONAS?

Boleh baca sendiri dalam lampiran ini.

Kalau kita perhatikan, Menteri Kewangan kita Tibai dengan memaksa PETRONAS mengisytiharkan dividen setiap satu atau dua bulan pada tahun lepas.

Setiap kali dia Senyap-senyap Tibai, berbilion-bilion nilainya.

Berapa yang mereka sudah tibai tahun ini?

Belum tahu lagi.

Kena tunggu dan tengok laporan kewangan tahun 2019 PETRONAS yang hanya akan dikeluarkan pada bulan Mac 2020.

Yang lebih pelik ialah semasa mereka Tibai PETRONAS sambil beria-ria menjual aset-aset negara, mereka juga pinjam dengan lebih banyak lagi.

Hutang Negara sudah naik hampir RM100 bilion sejak akhir tahun 2017 sehingga kini.

NOTA: Lampiran ini adalah muka surat 9 dari laporan kewangan PETRONAS di sini:

https://www.petronas.com/ws/sites/default/files/downloads/Financial%20Report%20Financial%20Year%20Ended%2031%20December%202018%20%28FY2018%29.pdf

Leave a Reply