BANG! SEKARANG KERAJAAN PH ATAU BN?

Oleh NAJIB RAZAK

Masih nak cakap manifesto BN tahun 2013?

Baru-baru ini Maszlee buat kempen Malaysia Membaca.

Rasanya kerana itulah mereka dah kurang serang inisiatif BN.

Sebaliknya Khalid Samad dan yang sewaktu dengannya sudah sedar dan puji BN.

Tapi sipu-sipu malu nak mengaku, mereka buat penjenamaan semula dan ambil kredit.

Syed Hamid Albar perlu juga rajinkan diri membaca.

Sepanjang 2013-2018 zaman BN, pencapaian inisiatif Kerajaan cecah 99.4 peratus.

Kita siap buat report kad setiap tahun dalam Laporan Transformasi Negara.

Apa yang kita janjikan, kita usahakan.

Pernah dengar rakyat cakap BN tipu tak tunai janji?

Sebelum PRU14 juga kami buat buku Aku Janji Persekutuan, senaraikan kesemua pencapaian janji-janji kita.

Cuba Google. Boleh download dan baca free.

17 inisiatif utama.

156 inisiatif strategik.

6,136 projek.

Kami bukan macam Menteri PH syok sendiri seminggu dua ini beri skor 8/10 pada diri. 2 mata tu dia bagi diskaun rendah diri.

Apa pencapaian manifesto Kerajaan PH hari ini?

Jangan lari topik.

Saya baca Facebook hari-hari rakyat maki kerajaan PH.

Leave a Reply