DULU BERBUIH MULUT PESAN TAPI SEMUA PAKAT PEKAK

By May 5, 2019 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Semalam Dato Seri Najib pesan kat saya, jangan serang peribadi sesiapa kerana kita orang Islam. Bertuah sungguh anak Tun Razak ni. Orang buat apa pun kat dia, dia pesan berkali-kali kat saya supaya jangan serang peribadi orang.

Alhamdulillah, dari dulu saya memang tak serang peribadi, saya serang pentadbiran dan kenyataan yang tak benar sahaja walau apa pun yang orang lakukan terhadap saya. Simpan untuk habuan di Mahsyar dik.

Berbalik kepada isu PH tak jaga Islam kerana DAP yang diutarakan oleh MAZA. Saya setuju separuh sahaja.

1. Sebelum PRU14 saya dah pesan (sebab saya dari PH sebelum ini) supaya jangan undi pakatan yang diketuai oleh Tun Mahathir bukan kerana beliau sebagai individu, TAPI kerana PH dikuasai oleh DAP.

Natijahnya, PPBM menang cuma 13 kerusi tapI DAP menang 42 kerusi dan pendek cerita, Parlimen Malaysia buat pertama kali dalam sejarah hilang majoriti kerusi Islam.

2. Kini Tun Mahathir menjadi PM dengan bertongkatkan 42 kerusi DAP. Dia komplen tentang hak istimewa orang Melayu sebagai tongkat yang perlu ditarik balik, tapi dia sendiri jaga tongkat DAP untuk membolehkan dirinya kekal menjadi PM.

Memanglah Tun M tak boleh jaga Islam kerana PH dikuasai oleh DAP tapi tak boleh salahkan DAP sepenuhnya kerana yang beri kuasa kepada mereka adalah Tun Mahathir kerana dia yang hasut rakyat untuk menyokong PH.

Apa-apa pun tahniahlah MAZA kerana tidak pekak dan bisu. Teruskan bersuara kerana rakyat tidak pekak!

Pakatan dilihat gagal jaga Islam kerana DAP, kata mufti Perlis – https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/151739 – Kemas Kini: 18 jam yang lalu – The Malaysian Insight

Leave a Reply