FITNAH TERHADAP PREBET ADAM

Oleh NAJIB RAZAK

Almarhum Sultan Iskandar semasa hayatnya pernah difitnah membunuh seorang kedi golf yang kononnya mentertawakannya.

Kemuncaknya seorang anggota tentera, Prebet Adam Jaafar dikatakan membalas dendam di atas ‘kematian adiknya’ itu sehingga menyebabkan beliau mengamuk dan melepaskan tembakan di ibu kota Kuala Lumpur.

Realitinya Prebet Adam mengamuk kerana tertekan dengan penderaan yang dilakukan oleh anggota seniornya di dalam kem. Ia langsung TIDAK ADA KENA MENGENA dengan Almarhum Tuanku.

Paling menyedihkan, buku Konfesi Prebet Adam yang ditulis wartawan jenayah, Syahril A. Kadir juga mendedahkan kes kematian kedi yang diperkatakan itu juga rupanya tidak pernah berlaku!

Begitulah dahsyatnya fitnah. Sesungguhnya dosa fitnah lebih teruk daripada membunuh.

Sanggupkah kita merangkak di depan orang yang kita fitnah di padang Mahsyar nanti?

Leave a Reply