KAKITANGAN AWAM BAKAL DIKAMBING HITAMKAN ATAS KEGAGALAN PH

By May 5, 2019 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Sejak kebelakangan ini nampak kecenderungan PH untuk mewujudkan sentimen kakitangan awam tidak menyokong kerajaan melemahkan pentadbiran.

Perlu diingatkan kembali bahawa sebelum PRU14, ramai kakitangan awam menyokong PH tapi tidak pula kerajaan BN menghentam kakitangan awam , MALAH kebajikan mereka sering diperbaiki.

Memang benar PRK Cameron Highlands, PRK Semenyih dan PRK Rantau menunjukkan sokongan kakitangan awam beralih kepada BN.

Tapi itu tidak bermakna mereka mengabaikan tanggungjawab mereka di tempat kerja.

Besar kemungkinan PH akan mengkambing hitamkan kakitangan awam sebagai punca kegagalan pemerintahan PH.

Berpuluh ribu kakitangan awam diberhentikan dan setiap hari PH menggasak mereka ditempat kerja sebagai tidak setia kepada kerajaan.

Saya harap kerajaan PH menghurmati hak setiap rakyat termasuk kakitangan awam dalam pandangan politik mereka.

Jangan campur adukkan fahaman politik dan tugasan mereka sebagai penjawat awam.

Ianya melanggar hak kebebasan manusia dalam sebuah negara demokrasi.

Jika benar kerajaan PH mahu menjalankan reformasi institusi, maka perkara ini perlu difahami terlebih dahulu.

Kerajaan PH perlu sedar bahawa yang melanggar janji manifesto PRU14 adalah PH bukan kakitangan awam.

Yang menjual aset negara adalah kerajaan PH bukan kakitangan awam.

Yang menjahanamkan ekonomi negara, matawang rendah, Bursa lemah adalah atas polisi kerajaan PH, bukan kerana kakitangan awam tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Rakyat kini tidak puas hati dengan keputusan-keputusan kerajaan PH, bukan kualiti perkhidmatan kakitangan awam.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kakitangan-awam-perlu-beri-sokongan-kepada-kerajaan-mustapa-206774

 

Leave a Reply