LEBIH BANYAK DIA “PULIH”, LEBIH BANYAK IA MENJADI

LEBIH BANYAK DIA “PULIH”, LEBIH BANYAK IA MENJADI

Oleh NAJIB RAZAK

Menteri Kewayangan main silap mata ada apa hairannya?

Dia punya auta dalam ceramah PRK Sandakan semalam adalah terlalu banyak.

1. Dia kini kata hutang negara adalah RM150 bilion bukan lagi RM1 trilion.

Tetapi dia tak cakap pun hutang negara naik RM98 bilion sejak akhir tahun 2017 tidak masuk lagi RM82 bilion diangkat dari Rizab Petronas dan banyak aset negara telah dijual.

2. Dia cakap lagi kita akan bangkit sebagai Harimau Asia.

Tetapi pada tempoh saya PM, kadar pertumbuhan ekonomi kita jauh lebih tinggi dari keempat-empat Harimau Asia – iaitu Korea Selatan, Singapura, Taiwan dan Hong Kong.

3. Dia kata dia perlukan 3 tahun untuk memulihkan ekonomi.

Tetapi kita tengok apa yang dia telah “pulih” selepas 1 tahun.

– Defisit negara 2.8%, dia “pulih” menjadi defisit lebih tinggi pada 3.7%

– Pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.9%, dia “pulih” menjadi 4.2% untuk suku pertama tahun 2019.

– Harga barang yang sudah stabil di bawah GST, dia “pulih” menjadi semakin naik bawah SST.

– Indeks Pasaran saham pada 1,896 mata sebelum PRU14 iaitu paling tinggi dalam sejarah “dipulih” menjadi 1,630 mata.

– Ringgit pada nilai RM3..83 “dipulih” menjadi RM4.15

– Purata Hibah tahunan Tabung Haji 6.75% “dipulih” menjadi 1.25%.

– Dividen ASB “dipulih” menjadi paling rendah dalam sejarah.

– Aset Khazanah Nasional yang semakin meningkat “dipulih” menjadi kejatuhan 22% (RM25 bilion) pada tahun lepas.

– Negara yang sering dinaikkan penarafan “dipulih” menjadi negara yang sering kena “downgrade”

– Bantuan Rakyat yang semakin meningkat “dipulih” sehingga dimansuhkan atau dipotong.

– Hutang rasmi negara pada RM686.8 bilion “dipulih” menjadi RM782 bilion.

– Negara dengan “world’s longest bull-run” “dipulih” menjadi “sole loser” dan pasaran paling corot dalam dunia.

Lebih banyak dia pulih, lebih teruk ia menjadi.

Saya cabar Guan Eng untuk nafikan fakta-fakta ini.

Leave a Reply