RAKYAT PERLU BERTIMBANG RASA KETIKA MENTERI MAKAN GAJI BUTA BERPULUH RIBU SEBULAN?

By May 5, 2019 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Saya hairan. Apakah orang macam Tok Pa ini sudah hilang deria rasa? Apa agaknya rasa di hati Tok Pa ketika melompat parti dan mengkhianati pengundi jeli? Ada timbang rasa tak?

Tok Pa perlu faham bahawa berpuluh ribu rakyat hilang pekerjaan dalam sekelip mata. Beratus ribu penoreh, pesawah, peneroka dan nelayan hilang bantuan sara hidup dalam sekelip mata. Beratus ribu anak muda terpinga-pinga bila mereka perlu langsaikan hutang PTPTN sedangkan lain yang dijanjikan kepada mereka.

Lihat pula kepada pasaran saham, pasaran bon, matawang Ringgit, kontraktor, peniaga kecil, kakitangan awam dan pekerja sektor swasta.

Pelabur lari. Matawang jatuh. Rakyat kena buang kerja, tak naik pangkat, tak naik gaji, hilang benefit, potong sana, potong sini.

Dan yang paling penting sekali adalah pengguna. Rakyat menderitai pendapatan yang sedikit atau hapus langsung dan kos sara hidup semakin meningkat!

Apa kerajaan kata?

Toreh getah dalam hujan, tanam padi malam hari, tukar kerja siang ke malam hari, ganti sawit dengan buluh, minum sesudu sawit sehari, tukar kasut putih ke kasut hitam, lebih baik gaji kecil dari takde kerja langsung, harga telur turun 2 sen..bla bla bla.

Apa pula kerajaan buat?

Jual aset negara satu persatu, kutip derma dari rakyat, melawat luar negara bawa isteri mesyuarat sekali, balik malaysia sambung melawat sesama sendiri, bawa pula Kpop dan doraemon melawat Malaysia, senyap-senyap perkenalkan cukai-cukai baru, potong subsidi petani, suruh nelayan tanam nanas dan rambutan belakang rumah, kemudian pura-pura menangis tengok petani hidup susah.

Paling epic, semuanya salahkan kerajaan BN yang lalu.

Hati kau keras Roy!

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-perlu-bertimbang-rasa-kerajaan-pula-perlu-faham-kehendak-rakyat-mustapa-206781

Leave a Reply