ERTI KEMAAFAN DAN MAKNA SEBUAH JANJI

By May 9, 2019 Politics

ERTI KEMAAFAN DAN MAKNA SEBUAH JANJI

Oleh ANINA SAADUDIN

Saya tidak pernah lupa saat pertama kali bertemu Dato Seri Najib Razak, memandang wajahnya dari jarak dekat, merenung matanya dan membaca hatinya, merasai denyut rasa di pembuluh darahnya, saya merasai kekesalan yang tak mungkin dapat diungkap dengan kata-kata.

Saya terbayangkan wajah ibu bapa dan anak-anak dan saya memohon maaf dari Dato Seri Najib. Tak mungkin saya lupa saat tersebut. Tak mungkin saya lupa dosa saya hingga akhir hayat ini. Saya bawanya hingga ke alam selepas matinya saya nanti.

Hanya satu janji saya bukan sahaja kepada Dato Seri Najib malah kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong atau memusuhi saya bahawa saya akan menuntut bela atas kezaliman ini.

Saya tidak berniat menjatuhkan sebuah kerajaan bangsa. Saya ditipu atas kononnya prinsip perjuangan agama, bangsa dan negara.

Maka ketahuilah, jangan menilai manusia dari apa yang didengari melalui orang lain. Itu ilmu sepanjang hayat saya.

Leave a Reply