PROPAGANDA PENEMUAN WANG YANG KONONNYA HILANG AKAN BERTERUSAN HINGGA PRU15

By May 9, 2019 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Oktober 2018, kerajaan PH telah batalkan perjanjian penyelesaian dengan IPIC yang diusahakan oleh Dato Seri Najib lama dahulu.

Dalam Perjanjian Penyelesaian ini, IPIC telah bersetuju akan bayar balik KESELURUHAN wang yang dikatakan hilang sehingga Dec 30, 2020.

Maknanya keseluruhan US$5 billion.

Tapi PH tidak mahu keseluruhan duit ini dipulangkan oleh IPIC dan PH memilih untuk dibayar sedikit demi sedikit.

Kenapa bangang sangat PH ni?

Sebenarnya PH sengaja ambil balik duit tersebut sedikit demi sedikit begini supaya berita penemuan wang hilang akan dibuat dari masa ke semasa.

Maka propaganda mereka boleh dipanjangkan sehingga PRU15.

PH sebenarnya tidak pun berminat dengan duit tersebut, tapi mahu menggunakan berita-berita pemulangan ini berkali-kali untuk tempoh yang panjang bagi kepentingan politik.

Leave a Reply