SAYA FAHAM APA ERTI RASA BERSALAH KERANA KESALAHAN SAYA LEBIH BESAR

By May 14, 2019 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Bekas Eksekutif gred 41 SPAD yang kini ditawarkan jawatan gred 19 dan dilempar jauh ke Sarawak kini merasa menyesal dan bersalah kerana beliau lah pegawai kerajaan yang begitu keras menentang Dato Seri Najib dalam jabatan kerajaan melalui media sosial sebelum PRU14.

Saya fahami perasaannya. Biar satu dunia memaki hamun, beliau tidak pedulikan lagi. Rasa bersalah dan menyesal kini mengatasi segalanya.

Nasihat saya, pergilah berjumpa beliau dan yakinlah bahawa Dato Seri Najib akan menjawab “sebenarnya bukan salah awak. Rakyat sebenarnya sudah terpedaya dengan fitnah dan pembohongan dalam skala besar PH sebelum PRU14”.

Percaya kan saya kerana kesalahan saya kepada Dato Seri Najib jauh lebih besar dari anda.

Tabahkan hati. Berjumpa lah dan mohon maaflah. Tiada apa yang mampu kita lakukan lagi.

Leave a Reply