SAYA SAKSI FITNAH KONON RUMAH DATO SERI NAJIB RAZAK ADA KUIL HINDU

By May 14, 2019 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Saya ingin menarik perhatian kesemua penyokong PPBM khususnya dan rakyat Malaysia umumnya berkaitan cerita-cerita yang dimainkan sekitar kempen Undur Najib pada tahun 2015 hingga 2018.

Saya percaya anda mendengar bahawa kononnya rumah Dato Serj Najib ada kuil Hindu kerana Datin Seri Rosmah kononnya adalah pengamal ritual agama Hindu.

MALAH kononnya terdapat beberapa orang sami Hindu yang dibawa khas dari India yang dibayar oleh Datin Seri Rosmah untuk menjalankan upacara agama Hindu termasuklah membaca mentera dan upacara perkahwinan mengelilingj api.

Saya boleh bercerita kerana saya adalah Pengasas PPBM dan saya adalah Ketua Srikandi PPBM yang pertama. Semua cerita ini adalah sentimen yang hangat di kalangan kesemua penyokong PPBM.

Semua cerita jni menimbulkan kebencian di hati orang Melayu terhadap Datin Seri Rosmah dan akhirnya Dato Seri Najib Razak diperangi habis-habisan.

Pada malam BN tumbang di PRU14, Seri Perdana diambil alih serta merta, tiada pula mereka ambil gambar kuil ke sami ke untuk ditunjukkan kepada rakyat. Kalau benar wujud, sudah pasti terpampang di tajuk utama Buletin 3suku.

Saya kongsikan proses prosiding mahkamah ini untuk anda cernakan dan bertaubat dari terus memfitnah.

Saya doakan semoga Tun Mahathir diberikan Hidayah untuk memohon maaf dan bertaubat dari terus melakukan dosa memfitnah insan tidak bersalah.

Leave a Reply