HARAMKAN UMNO DAN BERSEDIALAH DENGAN BENCANA YANG BAKAL MENYUSUL

By September 12, 2019 Editorials

Oleh THE WOUNDED TIGER

1. Seorang rakan menelefon saya dan memberitahu saya bahawa setelah gagal meminggirkan Najib, Dr Mahathir dan rakannya DAP mungkin akan melakukan sesuatu yang tidak terfikir di benak fikiran kita dengan mengharamkan atau menggantung UMNO. Persoalannya adakah bekas Presiden UMNO itu akan sanggup melakukannya.

2. Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang menukar haluan kemudinya apabila perlu. Hakikatnya Mahathir adalah seorang yang tidak berperikemanusiaan yang senantiasa membuat keputusan-keputusan yang aneh kerana kecintaannya kepada dua perkara: kuasa dan anak anaknya. Oleh kerana PPBM dalam bahaya, apa saja boleh berlaku.

3. Jadi adakah beliau akan melakukannya? Jika ahli ahli UMNO sedar kekuatan yang ada pada parti mereka, ini tidak mungkin berlaku. UMNO mempunyai ahli lebih daripada tiga juta orang. Ini tidak termasuk kaum keluarga dan dengan sokongan PAS yang berjumlah beberapa juta lagi. PH hanya mengundang padah jika mereka meneruskan hasrat untuk mengharamkan UMNO. Jika UMNO, PAS dan penyokong atas pagar yang bersimpati dengan mereka mengambil keputusan untuk bertindak balas, ekonomi negara akan musnah sama sekali. Ia bakal menjadi malapetaka yang amat dasyat.

4. Ketika ini pun apabila orang orang Islam memulakan kempen ‘mengutamakan barangan dan kedai orang Islam’, peniaga peniaga Cina mula menjadi gusar dan panik. Menteri Kewangan yang lemah itu pula dengan cepat telah menuduh bahawa kempen ini satu boikot yang bersifat perkauman dan didalangi oleh UMNO. Enak saja melabelkan orang ‘perkauman’ sedangkan isu tulisan jawi masih di ingatan. Sedangkan tulisan jawi bagi perkataan ‘halal’ jugalah yang digunakan bagi mengukuhkan ekonomi bangsa Cina.

5.Kenyataan Guan Eng telah membawa tindak balas yang lebih besar daripada orang orang Islam yang berpandangan bahawa kempen ini pada mulanya adalah untuk menjamin makanan halal. Tetapi tidak dinafikan bahawa mereka sudah bosan dengan penghinaan demi penghinaan yang dilemparkan keatas orang Islam dan bumiputera oleh pemimpin politik seperti Guan Eng. Guan Eng perlu dipersalahkan dengan mengeruhkan lagi suasana, bukannya UMNO kerana selama inipun UMNO hanya berdiam diri.

6. Berbalik kepada persoalan sama ada UMNO akan diharamkan. Berapa lamakah ahli ahli UMNO boleh berdiam diri diatas serangan bertali arus PH terhadap para pemimpin dan parti mereka? Datuk Seri Najib telah menjadi mangsa kepada ‘pembunuhan’ politik dan penghinaan demi penghinaan. Adakah anda berfikir bahawa ahli ahli UMNO begitu naif untuk menyedarinya? Siapa sahaja yang duduk di kerusi Presiden UMNO akan berasa bahang serangan yang akan dilancarkan. Datuk Seri Ahmad Zahid sudah pasti menyedari hakikat ini dan sudah bersedia menghadapinya. Namun cubaan untuk menghancurkan UMNO dan para pemimpinnya kali ini pasti akan ditentang habis habisan dan akan membawa malapetaka kepada negara.

7. Perdana Menteri Dr Mahathir perlu berhati hati. Kesabaran Melayu terhadap beliau dan kroni kroni, terutama anak anaknya sudah begitu menipis. Jika UMNO diharamkan, PAS juga berkemungkinan akan menghadapi perkara yang sama. Sudah ada cakap cakap dari penyokong kedua buah parti ini untuk menjauhkan diri dari ExxonMobil dan syarikat syarikat dimana anak anak Mahathir dan kroni kroni mereka mempunyai kepentingan.

8. Guan Eng dan PH perlu berhati hati dalam tindak tanduk mereka terutamanya dengan sensitiviti orang orang Melayu. Malahan jika beliau terus menerus dengan sikapnya, kemungkinan masyarakat Islam dan kaum bumiputera menjadikan agenda ‘jangan beli barangan buatan atau melanggani kedai kedai Cina Malaysia’ satu realiti amat tinggi. Ini adalah rentetan rasa kurang senang terhadap para pemimpin bukan Melayu kerajaan yang dilihat sebagai biadab. Tingkah laku mereka di parlimen menampakkan keangkuhan yang tidak boleh diterima oleh orang orang Melayu. Dan dengan situasi dimana orang orang Melayu kini telah boleh duduk bersama walaupun berlainan parti politik(UMNO dan PAS), kekuatan Melayu amat ķetara. Melayu kini mempunyai ‘musuh’ yang sama yang terus menerus menghina bangsa mereka dengan ungkapan ‘malas’ dan ‘tidak mampu’. Malahan ada dalam kalangan bangsa mereka yang menuduh bahawa tentera Malaysia hanya tahu ‘makan dan tidur’ sahaja. Kata kata ini begitu menghiris perasaan.

9. Terbaru sudah kedengaran usaha memberi keutamaan kepada perbankan Islam. Ini pasti akan membawa kepada keruntuhan sistem perbankan di negara ini.

Bertahun lamanya Melayu mengambil sikap berdiam diri. Kini tidak lagi. Malaysia adalah sebuah negara yang indah tetapi asas keindahannya telah dirosakkan oleh beberapa pemimpin politik yang sombong dan tidak bijak.

Nasihat saya “Jangan cari pasal!”

Leave a Reply